Thursday, June 9, 2011

Ikan Alien

Pada suatu hari, mak aku baru balik dari Sabah kerana berkursus. Lalu dia telah membawa balik seekor ikan dari Sabah. Ikan itu kelihatan sangat pelik dan macam rupa alien sikit2. Mata dia macam mata kucing, gigi dia bersusun2 macam bola golf, kepala dia keras macam besi. Jadi, aku teruslah snap dengan pencahayaan yg agak scary sikit.

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Aku ada post di FB dan beberapa forum untuk mencari identiti ikan ini...lalu pakar2 perikanan mengatakan ia adalah ikan bayan atau ikan ketarap. Dia makan batu2 karang. Sebab tu gigi dia camtu. Tapi sedap juga bila dimasak.